Segmen

SEGMEN #JMBELOG : HANG MAI MANA ?

Wednesday, March 15, 2017

Assalammualaikum & Hai bloggers..

Rajinya Meyza join segmen sekarang ni..hihi..Hari ini jer dah 2 segmen join..Tak apa la..Bukan susah sangat pun nak join..Sambil-sambil join segmen boleh kenal-kenal dengan blogger lain..Sama-sama untuk menyokong rakan-rakan blogger ye dak..hihi..Klik jer banner di bawah jika nak join ye rakan-rakan..:)



Meyza dari Perak

Segmen

Segmen Bloglist April 2017 by Farah Shahidah

Tuesday, March 14, 2017

Assalammualikum & Hai bloggers






Kali ni Meyza join segmen dari blogger Farah Shahidah pulak ye..Jadi sapa yang nak join jugak boleh klik banner di atas ye..Jom la ramai-ramai join untuk memeriahkan lagi segmen ini.Syarat-syarat penyertaan boleh terus ke blog Farah Shahidah ye atau klik banner di atas.

Untuk memenuhi syarat, Kategori blog Meyza adalah lebih kepada aktiviti personal Meyza..Meyza menulis apa sahaja yang ada dalam fikiran Meyza kerana blog Meyza seperti diari..hihi

Shawl

COLLECTION SHAWL BY HENDON'IZ - ANTHURIUM SHAWL

Tuesday, March 07, 2017

Assalammualaikum & Salam Sejahtera readers..



Hello readers..Terima kasih sudi berkunjung ke blog Meyza sama ada secara sengaja atau tak sengaja..hihi..Entry kali ini sebenarnya nak buat sambungan tentang entry yang Meyza buat sebelum ini..Sebelum ini Meyza ada juga buat entry tentang Collection Shawl By Hendon'iz ni tetapi tentang Carissa Shawl..Korang boleh klik je kt SINI kepada yang belum baca lagi..

So, kali ini malas nak membebel panjang-panjang terus je nak perkenalkan satu lagi Collection Shawl By Hendon'iz iaitu Anthurium Shawl..Shawl ini dikeluarkan dua jenis iaitu Instant dan semi..Ramai yang tertanya-tanya kan beza instant dan semi..Instant mempunyai dua loop atau orang kata dua muka manakala bagi semi pula hanya mempunyai satu loop.Seperti yang Meyza pernah bagitahu pada entry sebelum ini semua shawl yang di keluarkan oleh Hendon"iz adalah sangat berkualiti..Hal ini kerani shawl yang dihasilkan bukan dijahit di kilang tetapi dijahit sendiri oleh tukang jahit yang profesional..Jadi kualiti shawl amat dijaga oleh pihak Hendon'iz..

Perbezaan antara Carissa Shawl dan Anthurium Shawl adalah Carissa Shawl mempunyai tali di bawah dagu manakala untuk Anthurium Shawl mempunyai butang di bawah dagu..Jadi jangan lepaskan peluang ini tau untuk mendapatkan shawl ini..Zaman sekarang ini semua nak cepat kan..Jadi Anthurium Shawl ni boleh mempercepatkan anda untuk bersiap..Nanti tak ada la suami marah-marah sebab lambat siap kan..Mari kita lihat keistimewaan lain shawl di bawah ini..


ANTHURIUM INSTANT/SEMI SHAWL

  • Material - Chiffon Georgette.
  • Ukuran - 2.0m x 0.7m
  • Limited shawl daripada Hendon'iz
  • Anti Brooch, hanya menggunakan Button- terdapat 3 button yang dijahit khas mengikut saiz kepala dan mempunyai second loop untuk instant shawl.Button boleh di letakkan di bawah dagu, bahagian belakang atau tepi kepala ( boleh dijadikan aksesori tambaha.
  • Mudah di gosok dan digayakan.
  • Kurang berkedut serta flowy.
  • Tepi tudung di jahit baby seam untuk tampak lebih kemas.
  • Eksklusif Charm/Metal tag di hujung shawl  berbentuk dragonfly, bewarna gold dan tulisan di ukir untuk tampak lebih eksklusif.
  • Harga: Instant - RM33.00            Semi - RM30.00
  • Warna-warna untuk Anthurium Instant/Semi shawl adalah:
    Pattern: Plain
    Colour: Blue Black
    Pattern: Plain
    Colour: Grey


    Pattern: Plain
    Colour: Black
    Pattern: Plain
    Colour: Magenta


    Pattern: Plain
    Colour: Light Pink

     So,macam mana ada warna yang berkenan di hati tak..Kalau ada cepat-cepat la order ye..Sebab Anthurium Shawl ni limited edition taw..Takut nanti menangis di bucu katil sebab warna yang korang nak dah habis..Macam mana nak order??Korang boleh whatsapp kt nombor 011-24017609 @ 013-7890296..InsyaAllah akan dibalas dengan segera..Kalau korang tak nak ketinggalan shawl keluaran terbaru dari Hendon'iz korang boleh ikuti laman instragram Hendoniz_..Boleh klik kat nama tu..Dekat situ korang boleh tengok tutorial untuk menggayakan shawl anda..
Butang yang terdapat di Anthurium shawl



Shawl

COLLECTION SHAWL BY HENDON'IZ- CARISSA SHAWL

Monday, March 06, 2017

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera readers..

Entry ini di tujukan khas kepada wanita-wanita diluar sana yang sedang mencari shawl yang eksklusif dan selesa di pakai..Jejaka-jejaka pun boleh baca kalau nak hadiahkan sesuatu kepada isteri, kekasih,mak, opah atau orang yang istimewa di hati korang.

Mesti tak sabar kan nak tahu tentang shawl yang Meyza nak perkenalkan..Jangan gelojoh ye sabar sikit..hihi..Sebenarnya shawl ni sepupu Meyza yang hasilkan dan jual..Meyza tolong promotekan je..Baru je di hasilkan pada awal tahun 2017 ini..Masih fresh lagi taw..Yang paling penting shawl ini bukan dihasilkan di kilang..Semuanya di hasilkan secara homemade..Di jahit sendiri oleh tukang jahit yang profesional..Jadi jangan risau tentang kualiti..Meyza pasti korang pasti akan berpuas hati..Kain yang digunakan juga adalah dari yang berkualiti tinggi..

Pada permulaan ini Collection Shawl By Hendon'iz telah melancarkan dua koleksi yang menarik iaitu Carissa Instant/Semi Shawl dan Anthurium Instant/Semi Shawl..Shawl yang di keluarkan ini berkonsepkan segera..Haa macam mana tu..Ingat maggi je ada segera..hihi..Maksud Meyza Shawl ini di keluarkan untuk memudahkan pengguna..Nanti Meyza terangkan satu persatu ye..Bagi ibu-ibu yang selama ini tak sempat nak bersiap atau bergaya sesuai sangat dah dengan shawl ni..Jadi sila nak order jika berkenan..hihi

Kebanyakkan wanita pasti mengalami kehilangan pin tudung kan..Setiap minggu beli sampai 10 biji tetapi pasti akan tinggal 1 atau 2 biji je kan..Meyza pun mengalami masalah yang sama..Tetapi jangan risau shawl dari Hendon'iz dapat menyelesaikan masalah anda..Shawl yang dikeluarkan adalah anti brooch..Jadi, hari ni Meyza perkenalkan satu shawl dulu ye..Shawl lagi satu Meyza akan perkenalkan pada entry seterusnya..


CARISSA INSTANT/SEMI SHAWL
    • Material - Heavy Chiffon.   
    • Ukuran - 1.8 meter x 0.7 meter.     
    • Anti Brooch, hanya menggunakan Tali dan sarungkan kepada second loop untuk instant dan semi hanya lilit sahaja.
    • Mudah di gosok dan di gayakan,kurang berkedut (wrinkle),flowy.  
    • Mempunyai Exclusive Charm atau Metal tag sebagai pemberat dan hiasan di hujung tudung berbentuk Dragonfly berwarna gold dan tulisan di ukir.
    • Harga: Instant - RM30.00         Semi - RM27.00   
    • Warna untuk Carissa Instant/Semi shawl adalah: 
      Pattern: Plain
      Colour: Light Purple

      Pattern: Plain
      Colour: Brown

      Pattern:Plain
      Colour: Light Grey
      Pattern: Plain
      Colour: Emerald Green


      Pattern: Plain
      Colour: Blue
      Pattern: Plain
      Colour: Light Blue

      Pattern: Plain
      Colour: Magenta
      Pattern: Plain
      Colour: Black



      Pattern: Plain
      Colour: Dusty Pink

      Tali menggantikan Brooch untuk memudahkan si pemakai

      Ada yang berkenan???Kalau ada yang berkenan bolehla wassap cepat-cepat kt nombor ini yer 011-24017609 @ 013-7890296..Bukan apa kalau lambat nnt takut habis pulak warna kesukaan korang..Sebab shawl ni memang sangat-sangat berkualiti..Meyza tak tipu tau..Bagi yang tak nak ketinggalan shawl keluaran terbaru boleh ke laman instagram Hendoniz_..Klik je nama tu taw..     

Segmen

Segmen : Follow Me ! Mac 2017

Saturday, March 04, 2017

Assalammualikum & Salam Sejahtera readers..

Entry kali ni tak ada nak cerita apa-apa sangat pun cuma nak memeriahkan segmen yang telah diadakan oleh rakan blogger iaitu Shahirah Sarmy..Boleh la klik nama tu kalau nak singgah ke blog dia.So, sesiapa yang nak join segmen ni boleh klik gambar kat bawah ye kawan-kawan..hihi..Dekat situ nanti akan ada la syarat-syarat penyertaan nya..Blog id: 9162716768452240011



Personal

KEMBALI BERAKSI

Friday, March 03, 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua pembaca..

Rindunya nak berblogging macam setahun yang lepas..Haa nampak tak dah berapa lama Meyza tak berblogging.. SE.TA.HUN ..Ish ish ish sebab tu la blog ko hambar Meyza (buat muka innoncent).. Last entry pada bulan september 2015..Lamaaaanyaaa lahai..

Sebenarnya dah lama nak kembali aktif balik..Jari jemari ni dah tak sabar nak menulis macam dulu..Macam mula-mula wujudkan blog ni..Tetapi banyak benda yang berlaku pada tahun lepas..Laptop Meyza pada awal tahun lepas adik pinjam untuk bawak belajar sebab laptop dia kena curi..Jadi Meyza plan nak update blog menggunakan tablet jer..Namun begitu (keluar ayat skema)hihihi, dugaan kembali datang..Rumah Meyza dimasuki orang semasa Meyza dan keluarga balik kampung..Tablet dan beberapa barang lain kena ambil..Jadi punah la harapan ku nak berblogging..

Awal tahun ni dengan tekad yang ada harapnya rajin la Meyza update blog..hihi..Memang rindu sangat-sangat kat blog ni..Kemunculan kembali Meyza dalam dunia blogging ni, Meyza telah memperbaharui template baru yang lebih simple..Blog Meyza Nordin kali ni bertemakan Purple dan Kelabu iaitu warna kesukaan Meyza..So, selamat kembali Meyza Nordin..hihi
Credit Photo


Selamat Membaca & Terima Kasih

Instagram