Anak Tangga, Semakin Keatas Semakin Jelas

Tuesday, June 09, 2015



Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Hai hai hai hai..Amboi panjang hai nya..hihi..Happy nampak..Memang Mieza happy pun hari ni..Nak taw sebab apa?? Sebab kawan baik Mieza yang telah bersama Mieza sejak 15 tahun dulu nak menamatkan zaman bujangnya..yeayyyy..Mieza pulak yang terlebih happy..hihi..Kawin jugak kawan Mieza sorang ni sebab banyak halangan yang dorang ni tempoh sepanjang perkenalan dorang..Steady la kawan.. Ok lah banyak betul menyimpangnya.. Sebenarnya entry kali ini Mieza nak kongsikan cara bagaimana untuk mencapai matlamat @ azam anda semua. 

Setiap orang mempunyai matlamat dan azam tersendiri, kan?? Terutama bila tibanya tahun baru.. Angkat tangan siapa yang tiada azam dan matlamat dalam hidup.. Mesti tipu kan.. Tapi pernahkah matlamat yang korang nak tu tidak tercapai? Perkara ini pun pernah terjadi pada Mieza.. So, Matlamat yang tidak tercapai itu di bawa ke tahun berikutnya.. Tapi itu pun belum tentu dapat tercapai kan.. Jadi, Mieza nak tunjukkan cara yang mungkin boleh memberi idea kepada anda semua untuk mencapai matlamat anda.. Cara ini Mieza dapat daripada sebuah buku yang di tulis oleh Irma Hasmie..Caranya macam ni:-


1. Anda hendaklah melukis bentuk seperti tangga.
2. Setiap diatas anak tangga itu anda hendaklah menulis apa yang diinginkan.
3. Dibawah anak tangga tersebut hendaklah ditulis tindakan yang diperlukan untuk mencapai apa yang dinginkan itu.
4. Setiap tindakan yang telah ditulis hendaklah dilakukan secara konsistan jika tidak sia-sia sahaja usaha yang telah di lakukan.

contoh yang boleh dilakukan

Dapat ke tidokkk??? Mesti la dapatkan.. Ok,mesti anda tertanya-tanyakan mengapa anak tangga yang Mieza lukis ada yang panjang dan pendek kan.. Bukan saja-saja taw Mieza lukis macam tu.. Sebenarnya anak tangga yang pendek itu merupakan sesuatu rancangan yang ringkas iaitu boleh dilakukan atau diselesaikan dalam masa yang singkat..Manakala yang panjang pula merupakan sesuatu yang memerlukan rancangan yang teliti atau memerlukan masa yang panjang untuk melaksanakan tindakan tersebut.

Mieza harap cara ini boleh membantu anda semua dalam mencapai matlamat anda semua. Mieza pun menggunakan cara anak tangga ini juga sekarang ini.. Alhamdulillah dengan melakukan secara serius dan konsistan ada antara matlamat Mieza telah tercapai.. Cara ini Mieza peroleh daripada buku SMILE yang ditulis oleh Irma Hasmie. Dalam buku tersebut dinyatakan dalam bentuk cerita yang memudahkan lagi kefahaman anda semua. Bolehlah dapatkan buku tersebut.. Banyak kisah-kisah yang menarik dan mungkin boleh memberi inspirasi kepada anda.


Credit to SMILE:



Happy Reading






You Might Also Like

0 comments

Instagram