Cegah Dehidrasi dengan Buah

Thursday, June 18, 2015


Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sudah masuk hari ke 2 hari umat Islam seluruh dunia menyambut bulan Ramadhan kan..Macam mana Ramadhan hari pertama semalam ok ke??Jangan ada yang buat2 lupa pulak ye nak berpuasa..hihi..Hari ini Mieza nak share kepada anda semua mengenai Dehidrasi..Sebenarnya semalam lagi dah nak publish entry ni tapi apakan daya semalam hari yang sibuk bagi Mieza..hihi..Berbalik kepada topik utama, dulu Mieza tak ambil kisah sangat tentang Dehidrasi ini sebenarnya tetapi rupanya kita kena ambil kisah jugak terutama pada bulan Ramadhan yang mulia ini..

Apa itu dehidrasi??

  Dehidrasi adalah keadaan dimana tubuh kita kehilangan air yang disebabkan daripada melakukan aktiviti luar termasuk berpeluh, membuang air dan boleh juga berlaku ketika kita tidur..

Badan kita hendaklah mempunyai kandungan air yang mencukupi terutama ketika berpuasa ini..Hal ini kerana dengan berpuasa pastinya kehilangan banyak air akibat tidak makan dan minum melebihi 12 jam..Bagi memastikan badan kita tidak mengalami dehidrasi, pemakanan semasa berbuka dan bersahur itu perlu diambil perhatian..Dulu Mieza cuma mengamalkan air masak je selepas berbuka dan bersahur..Rupa-rupanya kita juga boleh mengamalkan memakan buah-buahan yang mempunyai kandungan air yang banyak..

Meh sini Mieza nak share kat korang buah apa yang boleh korang amalkan untuk mengatasi dehidrasi ni..Tak semua buah yang mempunyai kandungan air yang banyak tau..Jangan korang main bantai je semua buah..Antara buah2 nya adalah:

  1. Tembikai- Ramai yang sedia maklum buah tembikai mempunyai banyak air kan..Kalau korang nak tahu buah tembikai ini mengandungi paras hedriasi sebanyak 92% dan lebih efektif untuk mencengah dehidrasi berbanding dengan air biasa.
  2. Buah beri- Buah strawberi yang nampak kecil ini merupakan antara buah yang mempunyai banyak antioksidan dan terdiri daripada 92% air..Selain itu, korang juga boleh amalkan buah raspberi dan beri biru..
  3. Air kelapa- memiliki paras dehidrasi sehingga 95%..(Berbuka puasa dengan air kelapa alangkah nikmatnya)..hihi
  4. Limau- Mempunyai tahap dehidrasi 87% dan ia mampu untuk mencengah ulser selama berpuasa.
  5. Anggur- semua anggur boleh diamalkan dan ia mempunyai antioksidan dan elok untuk tubuh badan kita.
  6. Delima- Buah yang paling Mieza suka iaitu Delima.Buah ini mengansungi tahap air 90% dan hanya mengandungi 30 kalori dan limonoids yang mempu menghilangkan racun daripada badan.Buah delima juga boleh mencengah badan kita daripada tumor atau kanser.
  7. Nanas- Bagus untuk mencegah keradangan selain mengandungi banyak air. 
  8. Mangga
Sekarang korang dah tahu kan buah-buahan juga boleh membantu kita dalam mencengah dehidrasi..Mieza tahu ramai dalam kalangan kita tidak mengambil buah semasa bulan ramadhan ini..Masih sempat lagi nak amalkan buah-buahan ini semua..Korang tak akan rugi lah..Bukan mahal pun buah-buahan ini semua..Korang juga boleh gantikan kuih-muih yang selalu korang makan tu dengan buah-buahan ini..Bukan rugi pun untuk kesihatan korang jugak kan..hihi

Kat bawah ini Pulak Mieza nak korang tahu tentang gejala-gejala dehidrasi..
  • Fasa Pertama: keletihan,wajah kemerah-merahan,mudah cemas,putus asa,tidak boleh tidur dengan baik,kepala terasa berat
  • Fasa Berat/Dehidrasi berpanjangan: asma, alergi, tekanan darah tinggi, sembelit,diabetes
  • Fasa Darurat: kepedihan dan kesakitan pada badan seperti pedih ulu hati,kembung perut,sakit dada,sakit pinggang,sengal-sengal sendi,migrain, sakit otot,muntah-muntah dan mual dipagi hari terutama ketika hamil..
Korang patut tahu semua tanda-tanda ni..Sebenarnya dehidrasi ini bukan lah terjadi pada bulan ramadan je, hari biasa pun akan terjadi jugak jika badan kita kekurangan air..So, Mieza harap korang tidaklah mengalami dehidrasi yang teruk dan dapat membuat amalan pada bulan ramadhan yang penuh berakah ini..





Credit to: DARA.COM






You Might Also Like

0 comments

Instagram