Kita Rindu Sebenarnya

Friday, June 12, 2015


Assalammua'laikum & Salam Sejahtera...

Alhamdulillah masih diberi nafas untuk terus berada dibumi Allah ini..Anda apa khabar, sihat?? Mieza doakan korang berada dalam keadaan sihat la ye..Hari ni tiba-tiba terasa rindu la pulak kat dua orang sahabat Mieza ni..Jadi terus dapat idea untuk tulis tentang diaorang dalam entry kali ini..Mieza kenal dengan mereka ni sejak lebih kurang 3 tahun yang lepas semasa menuntut ilmu di UUM..Tak ingat pulak macam mana kami kenal..hihi..Walaupun kami berasal daripada berlainan negeri (Perak,Penang dan Sabah) dan menggunakan loghat yang berlainan kami still rapat gilerrr..hihi..tapi semasa berbual tak ada la pulak kami menggunakan loghat kami..

Mieza bersyukur sangat-sangat dapat kenal dengan mereka ni..Nak taw kenapa??Angkat kening macam Ziana Zain dulu..hihi..Tak ada la gurau2 je ye..Jangan marah ha..Nanti kena jual..hihi..Sebabnya mereka ni baik sangat suka tolong orang terutama dengan kawan-kawan..Tak pernah nak berkira dan ambil kesempatan keatas Mieza (jangan fikir bukan2 yew)..Macam ni la yang dinamakan sahabat..Mieza banyak belajar daripada mereka ni terutama tentang kehidupan.

Apabila Mieza dengan mereka kan Mieza boleh jadi diri sendiri..Sebabnya mereka ni boleh terima Mieza seadanya..Sabar melayan kerenah Mieza..Kalau dengan mereka jugak Mieza boleh bergurau senda dan bergelak ketawa macam adik-beradik..Sama juga seperti mereka..Orang lain tidak akan dapat melihat kami seperti itu diluar..hihi..

Mieza ni asyik taip "diaorang" dan "mereka" je kan..Tak pulak nak kenalkan sapa gerangannya ye..Apa la Mieza ni..hihi..Meh la Mieza nk kabo..Mereka tu adalah Murni Binti Mohd Yusof dan Khairul Hanisah Binti Abd Rashit..Mieza just called them Murni and Nisa..Taip omputih pulak ye..hihi..Kami bertiga memang rapat..Bukan rapat sikit2 taw..Rapat baaaanyak sangat (betul ke ayat ko ni Mieza) sehinggakan semasa belajar dulu kalau terserempak dengan kawan-kawan lain mesti ayat ni yang keluar, "mana lagi sorang" atau "mana lagi 2 orang"..ramai ke yang kenal kitaorang??tak tahu la teman nk ngabonya..hihi

Antara kami bertiga Nisa dah macam kakak yang sulung bagi kami..Kenapa??Sebabnya dia suka sangat ambil berat tentang kami berdua..Bukan ambik berat badan ke apa ye..Selalu Take Care kami bak kta omputihnya..Walaupun orang lain nampak Kak Nisa kitaorang ni kuat orangnya tetapi bagi kami kuat-kuat yang orang nampak tu tetap ada taman dihatinya taw..Ada jugak perasaan nya..Bagi Mieza dia memang seorang yang gagah pun..Bukan la gagah macam Jong Kok dalam running man tu..Tapi kuat dalamanya (walaupun kadang2 tak)..hihi..Jgn marah Nisa..Gurau2 je ye..hihi..Tabik Springgggg kat Nisa..Sabar tempuh dugaan yang datang..

Kawan Mieza yang sorang lagi tu, Cik Murni pulak seorang yang pendiam kalau orang tak kenal dia la..hihi..Dia ni seorang yang hatinya lembut sangat bak sutera..Ammmmboi..hihi..Tak boleh tersentuh sikit pasti ada air yang berjujuran..Bahasa apakah ini??Ish Mieza ni..Mieza paling banyak masa dengan Murni sebab kami 1 kos masa belajar dulu..Jadi selalu lah bersama..Kena apung (dipindahkan ke dewan penginapan pelajar lain) pun bersama kecuali Nisa..Murni la paling lembut dikalangan kami..Lagipun dia ni suka sangat ketawa..Ketawa dia itulah yang kami suka..hihihi

Sepanjang nak dekat 4 tahun mengenali mereka, banyak hal-hal suka dan duka kami berkongsi bersama..Kalau korang nak tahu kalau kami bertiga telah bergabung meletop bak kata Adam dan Stacy macam-macam perangai keluar tapi perangai itu mungkin kami je yang tahu..Dah tak ada perasaan malu2..hihihi..Lagi 1 kami ni suka beli barang yang sama..Tak kira la jam,baju,pencil case dan banyak lagi la..hahaha..

Walau macam mana pun itulah kami..Mieza sayang sangat persahabatan yang telah terjalin ini dan sekarang Mieza rindu mereka..Semoga persahabatan kami terus diberkati dan kekal selamanya..Amin...Panjang pulak celoteh ko Mieza hari ni..hahaha..Dah la korang tengok je la foto2 dibawah ni ye..Inilah antara kenangan-kenangan yang telah kami cipta..

Kami sem 2: Tenung apa ntah 2

Sem 3: Muka penat berjoging (joging ke??Hanya kami yang tau)hehe

Lepas exam sem 5

Raya Aidiladha 2013(kalau x silap la) tak balik raya.Masjid UUM

Baju kami samalah..

Last sem bersama mereka.Tasik Darul Aman,Jitra

Last Sem Dinner PRS.EDC Hotel


Pertemuan sebelum Murni balik Sabah. Bercuti di Teluk Batik


Happy Reading uollllls

You Might Also Like

0 comments

Instagram