Affiliate

Program Affiliate Ephyra.my

Sunday, September 20, 2015




Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Entry kali ini Mieza nak perkenalkan kepada anda semua satu program iaitu Program Affiliate Ephyra.my..Bagi blogger-blogger otai pasti sudah tahu tentang program affiliate ni kan??Program ini akan membantu kepada sesiapa sahaja yang terfikir untuk berniaga tetapi kekurangan modal dan kepakaran..Disamping itu juga program ini juga dapat membantu kepada sesiapa sahaja yang ingin menambah pendapatan sampingan terutama kepada suri rumah mahupun pelajar..

Adakah anda seperti apa yang Mieza nyatakan di atas??Jadi apa tunggu lagi daftar lah sekarang di link berikut:


Apa keistimewaan Program Affiliate Ephyra.my??

1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.
2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.
3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.
5. Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 5% bagi setiap pembelian (bergantung kepada jenis produk) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh anda ke sistem kami.
6. Setiap referral akan di-tag ke akaun anda selama setahun. Anda akan mendapat komisen bagi setiap perbelanjaan mereka sepanjang tempoh tersebut.

Ada yang lebih menarik lagi..Apa??

1. Anda boleh meningkatkan lagi komisen anda dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan anda untuk menjadi Affiliate Agent kami dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun anda.

2. Contoh: Anda mengajak si A untuk menjadi agent. Maka anda akan mendapat komisen sehingga 3% (bergantung kepada jenis produk) sekiranya si A membawa pelanggan untuk membeli di Ephyra.my. Sekiranya si A mengajak si B menjadi agent, anda tidak akan memperoleh sebarang komisen sekiranya si B membawa pelanggan untuk membeli di Ephyra.my.

3. Pertandingan dan hadiah lumayan untuk Affiliate yang memberikan prestasi terbaik dari masa ke semasa.

Menarik kan tawaran-tawaran yang ditawarkan..Jadi apa tunggu lagi jangan lepaskan peluang ini untuk menambahkan pendapatan anda setiap bulan..Daftarlah sekarang..

Personal

Berakhir Penantian Yang Dinanti

Tuesday, September 15, 2015

Assalammualaikum & Salam Sejahtera



Selamat petang semua dan selamat bercuti kepada semua rakyat Malaysia bersempena dengan Hari Malaysia ni kan..Sebenarnya semalam lagi nak publish entry ni tapi boleh pulak lupa nak publish..Save je entry ni..Itu la kelam kabut sangat nak bersiap pergi dating dengan kawan-kawan..hihi..Ish2, ko ni Mieza..Macam tajuk novel je kan kali ni punya entry..hihi..Mieza happy sangat semalam tu sebab tak menyempat nak jugak buat entry walaupun nak keluar dating..Nak tau kenapa Mieza happy??Ni la Mieza nak kongsikan kepada korang semua..Tengok tajuk macam novel kan..Tapi bukan Mieza nak keluarkan novel ke apa..Sebenarnya semalam dah keluar tarikh rasmi Majlis Konvokesyen UUM yang ke-28..Penuh wall FB rakan-rakan UUM Mieza post tentang konvo ni..


Ye la, mesti la seronok kan penat lelah sepanjang 3 tahun bersengkang mata, berkorban masa akhirnya berakhirkan dengan jayanya..Insya Allah Mieza akan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan Kepujian pada 26 Oktober 2015 dengan rasminya..Bersyukur sangat..Akhirnya penantian selama 4 tahun ini berakhir juga..hihi..Amboi ayat ko Mieza..Banyak pengalaman dan cabaran yang dihadapi selama tempoh 4 tahun tu..Semua akan menjadi kenangan terindah buat Mieza..Sebenarnya selain seronok nak konvo ni, teruja jugak nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa terutama kawan baik, Mieza Murni, Niesa dan Yana serta kawan-kawan lain jugak..hihi..Tahniah kepada semua warga sahabat-sahabat UUM yang akan konvo nanti pada Majlis Konvokesyen UUM yang ke-28


My turn sesi petang

Giveaway

Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa

Monday, September 14, 2015

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Moh kita ramai-ramai join giveaway yang dianjurkan rakan blogger kita ni..Boleh la menambah kenalan dan berblogwalking kan..Kali ini Mieza nak ajak korang join giveaway yang dianjurkan oleh Mdmnissa..Lain daripada yang lain taw giveaway ini..Apa yang lainnya?? Ha, ni Mieza nak cerita..hihi

Giveaway- Choose yourself by Mdmnissa bermaksud anda diberi pilihan untuk memilih sendiri hadiah yang korang inginkan berdasarkan nombor yang ada pada gambar di bawah ini..


     Klik Banner

  1. Shiseido Mask 5pcs
  2. OPK 5pcs
  3. Dark brown Purse
  4. 2x Bawal Satin Lembut Bercorak (2 Pemenang)
  5. Bawal Satin Lembut Plain
  6. Red Instant Shawl Magic Plain
  7. Kain Batik

Quantity pemenang bergantung kepada pemilihan hadiah yang dibuat.. Anda dikehendaki memilih 3 pilihan hadiah yang berkenan dihati, namun hanya 1 diantara pilihan tesebut akan menjadi milik anda..Menarik kan??So ap lagi klik la banner diatas jika korang nak join ye dan nak tahu syarat-syarat nya..

Personal

Projek Kahwin

Sunday, September 13, 2015

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Lama betul kau menghilangkan Mieza..Macam Chimore (Chipsmore) bak kata anak buah Mieza..Sebenarnya Mieza ada je tak menghilangkan diri pun cuma tak ada kesempatan nak menulis blog..Sebenarnya banyak benda dan cerita yang Mieza nak kongsikan..Semuanya tergendala disebabkan wifi yang tersangat la perlahan..Tapi Mieza ada la berblogworking di blog-blog yang ada dalam blog list Mieza..Sapa yang nak Mieza singgah ke blog korang boleh la letakkan link dekat ruangan komen ye..hihi..Entry kali ini Mieza nak ceritakan tentang apa yang Mieza buat sepanjang bulan Ogos hari 2..Mesti ada yang cakap kan dah basi cerita ni..Tapi tak kira Mieza nak cerita jugak..Jangan marah ha..

Projek kahwin...Sebenarnya bukan besar sangat pun projeknya cuma Mieza tolong mak cik Mieza buatkan cenderahati untuk kanak-kanak yang datang pada majlis perkahwinan anak perempuannya..Bukan Mieza yang nak kawin tau..Oleh kerana Mieza ni belum berkerjaya lagi apa salahnya menolong kan..Jadi Mieza pun bersetuju la untuk menolongnya..Lama jugak la berfikir nak buat macam mana sebab nak mengurangkan kos..Emak Mieza bagi idea untuk beli yang plastik biasa tu je dan letak je gula-gula dalam tu..Tapi Mieza cakap tu macam biasa dah..Dah ramai orang buat..Banyak idea yang mak bagi semua Mieza reject..Dah macam nak buat untuk kenduri Mieza pulak kan..Banyak sangat cekadaknya..Sampaikan mak cakap kenduri Mieza nanti dah malas mak nak masuk campur..Merajuk dah mak Mieza..hihi..Nak dekat 2 minggu jugak la berfikir untuk mencari idea tersebut..

Akhirnya, mak cakap buat beg menggunakan kertas..Erm, ok jugak la tu..Dapat sikit mengurangkan kos untuk bekas coklat dan membeli lebih coklat untuk bagi kanak-kanak..Tapi guna tenaga lebih sikit la..Mieza pun setuju je la..Nanti mak merajuk lagi kan susah pulak nak pujuk..hihi..

Asalnya adik suruh guna kertas mahjung yang warna putih 2 tapi tengok-tengok kat kedai sekeping harganya sampai RM 0.70..Dulu rasanya beli baru dalam RM 0.30..So, tak jadi la guna kertas tu..Lari bajet sudah..Keesokan harinya, kemas-kemas bilik terjumpa pulak kertas-kertas lukisan kejuteraan 5 tahun lepas punya dalam laci..Jadi apa lagi guna kertas itu je la buat beg tersebut..Lagipun kertas-kertas tersebut dah tak guna lagi..Tunggu masa nak buang je..hihi..Kan dah kitar semula jadinya tu..Selesai masalah..Sebab majlis ada lagi 2 minggu masa 2..Nak fikir cara hiasan lagi kan..Semua kena segera..Alhamdulillah semuanya siap hanya dalam seminggu je..Semasa cenderahati itu dibuat macam-macam idea keluar..Jadi, hasilnya bukan macam idea yang asal la..hihi..Korang nak tahu apa hasil jari jemari Mieza ni..Mieza belanja korang tengok beberapa hasilnya ye..


Sebelum idea sampai.Tak tahu nak hias macam mana

Idea pertama yg keluar

Sebelum siap sepenuhnya idea pertama muncul pula idea ni

Tadaaaaaa..2 hari sebelum majlis dan hasil terakhir jadi la ini selepas tgk kt you tube


 Itulah hasil-hasilnya..Alhamdulillah siap sebelum majlis..Sudah selamat pun diberikan kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis tersebut..


..Selamat membaca..

Instagram