Projek Kahwin

Sunday, September 13, 2015

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Lama betul kau menghilangkan Mieza..Macam Chimore (Chipsmore) bak kata anak buah Mieza..Sebenarnya Mieza ada je tak menghilangkan diri pun cuma tak ada kesempatan nak menulis blog..Sebenarnya banyak benda dan cerita yang Mieza nak kongsikan..Semuanya tergendala disebabkan wifi yang tersangat la perlahan..Tapi Mieza ada la berblogworking di blog-blog yang ada dalam blog list Mieza..Sapa yang nak Mieza singgah ke blog korang boleh la letakkan link dekat ruangan komen ye..hihi..Entry kali ini Mieza nak ceritakan tentang apa yang Mieza buat sepanjang bulan Ogos hari 2..Mesti ada yang cakap kan dah basi cerita ni..Tapi tak kira Mieza nak cerita jugak..Jangan marah ha..

Projek kahwin...Sebenarnya bukan besar sangat pun projeknya cuma Mieza tolong mak cik Mieza buatkan cenderahati untuk kanak-kanak yang datang pada majlis perkahwinan anak perempuannya..Bukan Mieza yang nak kawin tau..Oleh kerana Mieza ni belum berkerjaya lagi apa salahnya menolong kan..Jadi Mieza pun bersetuju la untuk menolongnya..Lama jugak la berfikir nak buat macam mana sebab nak mengurangkan kos..Emak Mieza bagi idea untuk beli yang plastik biasa tu je dan letak je gula-gula dalam tu..Tapi Mieza cakap tu macam biasa dah..Dah ramai orang buat..Banyak idea yang mak bagi semua Mieza reject..Dah macam nak buat untuk kenduri Mieza pulak kan..Banyak sangat cekadaknya..Sampaikan mak cakap kenduri Mieza nanti dah malas mak nak masuk campur..Merajuk dah mak Mieza..hihi..Nak dekat 2 minggu jugak la berfikir untuk mencari idea tersebut..

Akhirnya, mak cakap buat beg menggunakan kertas..Erm, ok jugak la tu..Dapat sikit mengurangkan kos untuk bekas coklat dan membeli lebih coklat untuk bagi kanak-kanak..Tapi guna tenaga lebih sikit la..Mieza pun setuju je la..Nanti mak merajuk lagi kan susah pulak nak pujuk..hihi..

Asalnya adik suruh guna kertas mahjung yang warna putih 2 tapi tengok-tengok kat kedai sekeping harganya sampai RM 0.70..Dulu rasanya beli baru dalam RM 0.30..So, tak jadi la guna kertas tu..Lari bajet sudah..Keesokan harinya, kemas-kemas bilik terjumpa pulak kertas-kertas lukisan kejuteraan 5 tahun lepas punya dalam laci..Jadi apa lagi guna kertas itu je la buat beg tersebut..Lagipun kertas-kertas tersebut dah tak guna lagi..Tunggu masa nak buang je..hihi..Kan dah kitar semula jadinya tu..Selesai masalah..Sebab majlis ada lagi 2 minggu masa 2..Nak fikir cara hiasan lagi kan..Semua kena segera..Alhamdulillah semuanya siap hanya dalam seminggu je..Semasa cenderahati itu dibuat macam-macam idea keluar..Jadi, hasilnya bukan macam idea yang asal la..hihi..Korang nak tahu apa hasil jari jemari Mieza ni..Mieza belanja korang tengok beberapa hasilnya ye..


Sebelum idea sampai.Tak tahu nak hias macam mana

Idea pertama yg keluar

Sebelum siap sepenuhnya idea pertama muncul pula idea ni

Tadaaaaaa..2 hari sebelum majlis dan hasil terakhir jadi la ini selepas tgk kt you tube


 Itulah hasil-hasilnya..Alhamdulillah siap sebelum majlis..Sudah selamat pun diberikan kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis tersebut..


..Selamat membaca..

You Might Also Like

2 comments

Instagram